Please allow us to collect data about how you use our website. We will use it to improve our website, make your browsing experience and our business decisions better. Learn more Learn More
Terma & Syarat
1) Sistem yang diterapkan dalam dinarku2u.com berasaskan ‘Smart Savings Community’ atau Simpanan Bijak Berkelompok.
2) Setiap ahli wajib mendapatkan atau lengkapkan lima (5) ahli di bawah rangkaian masing-masing dalam tempoh 30 hari mengikut bulan semasa.
3) Sekiranya tidak dapat memenuhi syarat di Perkara 2 di atas maka penyertaan ahli tersebut akan terbatal dan wang simpanan akan dipulangkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembatalan ahli.
4) Penyertaan semula hanya boleh dibuat dalam tempoh 3 bulan atau 90 hari dari tarikh pembatalan sebelum ini.
5) Penyertaan ahli dinarku2u mestilah warganegara Malaysia beragama islam (kerana syarikat akan menguruskan jual beli mengikut kaedah islamik) dan berumur 18 tahun ke atas.
6) Simpanan caruman RM50 sebulan adalah berlandaskan bayaran ansuran belian emas bar (goldbar) dan dinar.
7) Nilai GoldBar berjumlah RM30,000.00 boleh disimpan oleh setiap ahli atau dijual balik kepada syarikat dinarku2u setelah cukup syarat kelayakan.
8) Manakala nilai tiga (3) keping wang Dinar wajib disimpan atau didapatkan secara fizikal oleh ahli-ahli dinarku2u.
9) Setiap ahli hanya boleh mendaftarkan enam (6) akaun sahaja untuk setiap satu nombor kad pengenalan.
10) Setiap ahli wajib untuk mendaftarkan akaun bank tempatan untuk pihak syarikat dinarku2u membayar bonus komisyen kepada akaun masing-masing.
11) Ahli tidak boleh mendaftarkan akaun bank pihak ketiga dalam borang penyertaan dan wajib mengisi akaun bank mengikut penama yang didaftarkan.
12) Pengeluaran bonus dilakukan secara auto withdrawal ke dalam akaun bank yang didaftarkan oleh ahli dalam borang keahlian.
13) Pengeluaran bonus telah ditetapkan oleh syarikat dinarku2u iaitu dua (2) kali dalam tempoh sebulan mengikut bulan semasa.
14) Ahli bersetuju untuk menerima pelan simpanan Hibah Takaful Alshams dari Zurich Takaful sebagai simpanan tambahan dalam penyertaan sebagai ahli dinarku2u.
15) Pihak syarikat dinarku2u berhak sepenuhnya untuk menerima atau tidak menerima atau menghentikan keahlian sesiapa sahaja yang didapati tidak sesuai ataupun berkemungkinan menjadi liabiliti untuk bersama dinarku2u tanpa prejudis.
16) Pihak syarikat juga boleh melucutkan keanggotaan kepada ahli yang dilihat tidak selari dengan pendekatan yang dibawa oleh syarikat.
17) Pihak syarikat dinarku2u juga berhak untuk tidak menerima keanggotaan oleh individu-individu yang dilihat tidak menepati kehendak serta keperluan pihak syarikat.
18) Setiap ahli mestilah memastikan akaun masing-masing didaftarkan di dalam sistem d2u.c setelah membuat pembayaran simpanan kepada akaun bank syarikat ataupun kepada pihak penaja.
19) Ahli hendaklah memastikan akaun penyertaan anda boleh di log masuk (log in) ke dalam sistem dinarku2u.com setelah membuat pembayaran simpanan dan mendaftarkan nama dan butiran yang diminta dalam sistem tersebut.
20) Akaun setiap ahli akan diaktifkan setelah pihak syarikat setelah menyemak butiran pendaftaran dan juga resit wang simpanan berjaya masuk dalam akaun syarikat.
21) Pihak syarikat tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kelalaian individu ke atas wang caruman semasa proses pendaftaran dan perlu dirujuk kepada penaja masing-masing.
22) Semua ahli wajib mematuhi segala syarat dan SOP syarikat.
23) Semua nilai yang berada di dalam sistem adalah berdasarkan harga emas semasa.